Hello Guest! Welcome to our Website.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Lupe nak post..!!

| 0 comments | Thursday, May 27, 2010
|

Sori sebab dah lama x post kat blog ni.Sibuk post kat blog yang satu lagi.One more thing,sebenarnya aku lupa pass word bagi blog ni..Ni pun baru ingat.Terjumpa dalam buku nota.Xpelah,anyway aku akan cube update blog ni mase cuti nnti..!!bye n c u soon.!!

Cerita Fantasi!

| 0 comments |
|

Alangkah gembiranya hati ini apabila mengetahui tentang keputusan peperiksaan yang telah diterbitkan.Suhu di hati bagaikan suhu di Lautan Atlantik terletaknya di kutub utara.Bertambah manis hati ini apabila mengetahui seorang hamba Allah telah mulai rappat dengan diriku.Hatiku manis semanis kurma.

Tetapi apabila mengetahui bahawa Benjo berjaya memintas aku dari segi kedudukan dalam batch...
hati menjadi panas.Tambahan lagi dengan kutukan yang aku terima berkaitan dengan seseorang..termometer bergelegak menanti pecah.Tetapi perisitiwa yang berlalu biarkan berlalu...Aku akan cuba mengubah peristiwa yang telah berlalu.

Sahabat atau Kawan??

| 0 comments |
|

Dua frasa yang membawa dua diskripsi berbeza...Mungkin ada yang berpendapat bahawa dua frasa yang hanya dibedakan dengan sebutan,bilangan huruf,dll...Tetapi sebenarnya maksudnya juga berbeza.Sukar untuk mencari seorang sahabat tetapi kawan??...Bagaikan pasir di tepian pantai.Aku ingin memetik kata-kata warden kesayangan form 2,Cg.Shah menyatakan bahawa kawan hanya boleh memerlukan kita sekiranya dia berada dalam kesusahan.Tetapi kita sebagai seorang insan yang mempunyai daya pemikiran kelas pertama boleh berfikir secara waras,apa yang kita perlukan dalam hidup yang penuh pancaroba ini??Sahabat atau kawan??

Sudah tentu wajib bagi anda semua menjawab sahabat bukan???Ya,sahabat yang akan membantu kita dalam menelusuri ranjau kehidupan yang mencabar ini..Aku baru sahaja mengalami satu peristiwa di mana aku telah menemui seorang KAWAN bukan sahabat yang aku cari selama ini.Insan yang bernama .... ini hanya memerlukan aku semasa dia berada dalam kesusahan.Sebagai contoh,dia meminta buku latihan aku semasa dia tergesa-gesa hendak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Itu baru satu contoh yang aku berikan.Tetapi,buat pengetahuan semua,bukan dia sahaja KAWAN yang aku maksudkan,ramai lagi KAWAN yang tidak perlu aku terangkan di sini.Biarlah,aku masih berada dalam ekspedisi mencari seorang SAHABAT.

 

Followers