Hello Guest! Welcome to our Website.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Sahabat atau Kawan??

| | Thursday, May 27, 2010
|

Dua frasa yang membawa dua diskripsi berbeza...Mungkin ada yang berpendapat bahawa dua frasa yang hanya dibedakan dengan sebutan,bilangan huruf,dll...Tetapi sebenarnya maksudnya juga berbeza.Sukar untuk mencari seorang sahabat tetapi kawan??...Bagaikan pasir di tepian pantai.Aku ingin memetik kata-kata warden kesayangan form 2,Cg.Shah menyatakan bahawa kawan hanya boleh memerlukan kita sekiranya dia berada dalam kesusahan.Tetapi kita sebagai seorang insan yang mempunyai daya pemikiran kelas pertama boleh berfikir secara waras,apa yang kita perlukan dalam hidup yang penuh pancaroba ini??Sahabat atau kawan??

Sudah tentu wajib bagi anda semua menjawab sahabat bukan???Ya,sahabat yang akan membantu kita dalam menelusuri ranjau kehidupan yang mencabar ini..Aku baru sahaja mengalami satu peristiwa di mana aku telah menemui seorang KAWAN bukan sahabat yang aku cari selama ini.Insan yang bernama .... ini hanya memerlukan aku semasa dia berada dalam kesusahan.Sebagai contoh,dia meminta buku latihan aku semasa dia tergesa-gesa hendak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Itu baru satu contoh yang aku berikan.Tetapi,buat pengetahuan semua,bukan dia sahaja KAWAN yang aku maksudkan,ramai lagi KAWAN yang tidak perlu aku terangkan di sini.Biarlah,aku masih berada dalam ekspedisi mencari seorang SAHABAT.

0 comments:

Post a Comment

 

Followers