Hello Guest! Welcome to our Website.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

My lifez as Naz3em

| 0 comments | Sunday, March 14, 2010
|

Aku dilahirkan di Kuala Terengganu pada tanggal 17/11/96.Dengan berat 4.75kg,aku dapat melihat kecantikan dan keunikan dunia ciptaan Yang Maha Esa.Seterusnya,aku melanjutkan pelajaran ke pusat pendidikan Smart Reader dan pada umur 6 tahun,aku ke darjah Satu.

Selajutnya,aku melanjutkan pelajaran ke darjah Satu sekali lagi dengan rasminya pada tahun 2003.Di SK Padang Hiliran tempat aku menimba pelbagai ilmu tentang kehidupan dan lain-lain.Terima kasih kepada guru yang aku sayangi.Selepas menerima keputusan 5a dalam UPSR,aku menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke MCKK.Pada masa itu,apalah MCK bagiku.

Setahun berada di sana bagaikan sedekad.Pelbagai nama panggilan telah aku terima.Antaranya.....(alah,biar aku sahaja yang tahu)

Pada tahun kedua di sana,hidup yang aku jalani mula terasa sekejap.Hari demi hari aku jalani pancaroba kehidupan yang akan mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan.Senior yang menghuni blok Big School telah mengajar junior mereka menjadi 'budak koleq' sebenar.

Sambutan Maulidur Rasul

| 0 comments |
|

Pada tanggal 12 RabiulAwal,seluruh warga fakulti menyambut Hari Kelahiran Rasullullah S.A.W.Sambutan yang dimulakan sejak seminggu lagi telah mendapat sambutan yang impresif dari semua penuntut.Pelbagai pertandingan telah diadakan.Antaranya,pertandingan nasyid,azan,kuiz dan lain-lain.

Pada hari kemuncak,penuntut dibawa berarak diketuai oleh Mr.Anonymous diikuti oleh semua umat Muhammad S.A.W.Perarakan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi telah membawa satu ribu satu memoir dalam ingatan semua penuntut.Sepanduk yang dibuat oleh warga fakulti mempunyai lima wakil iaitu dari 1014,0913,0812,0711 dan 0610.

Seterusnya,kami berkumpul di Dewan Inderapura yang tersegam indah di dalam kawasan blok pentadbiran.Di sana,kami berselawat dan menerima keputusan para juri yang menentukan pemenang bagi anugerah sepanduk@banner tercantik.Seterusnya,kami dihidangkan dengan tayangan filem ilustrasi Nabi Junjungan yang direka oleh pakar perfileman di luar negara.

Hari bersejarah itu diakhiri dengan persembahan nasyid yang amat teruk......(realiti).Jadi,memori pada hari itu telah terpahat dalam ingatan semua penuntut di fakulti yang akan kekal gemilang sehingga ke akhir zaman...

Liku Hidup Penuntut Fakulti 09ONE3

| 0 comments | Saturday, March 13, 2010
|

Dihuni oleh 109 ahli,fakulti pendidikan yang dibina pada tahun 209 menerima penuntut semester pertama pada tanggal 12/1...dan 25/1.Pada tahun 2009,para penuntut dikehendaki untuk tinggal di sebuah blok baru yang dibina untuk para penuntut tinggal di dalamnya.Blok itu diberi nama PrEp ScHoOl.

8 orang intelengensia dari Residen Cube yang merupakan badan kepimpinan tertinggi di fakulti ini telah ditugaskan untuk menjaga takuk kepemimpinan di blok yang telah siap dibina pada kurun ke-16 lagi.Saudara Eone telah diberi mandat untuk mengetuai semester pertama penuntut di sini.Cara pemerintahan yang beliau jalankan tidak dipersetujui oleh ahli Residen Cube yang lain.Peraturan yang telah ditetapkan juga tidak diikuti malahan dilonggarkan lagi.Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati penuntut penuntut di fakulti 0812,0610 yang menjalani kehidupan mereka dengan penuh dugaan dan cabaran.

Tamatnya semester pertama,semester kedua penuntut di fakulti 0913 disambung lagi di sebuah blok yang baru dibina iaitu New Hostel.Pada semester kedua,perubahan drastik telah berlaku apabila Mr.Anonymous yang diberi kepercayaan untuk menjadi kapten dalam Residen Cube telah urge semua ahli residen agar takuk kepimpinan semester pertama tidak dicontohi pada tahun ini.Pada tahun ini juga pelbagai perubahan akan berlaku pada bangunan yang terdapat dalam fakulti ini kerana ini disejajarkan dengan bandar Casseiopeia yang memegang nama sebagai bandar tercantik di dunia.

Pada tahun ini juga,tiga lagi residen telah ditubuhkan.Residen Lilin Pendidik ditugaskan untuk meningkatkan tahap ilmu penuntut sejajar dengan gelaran FBT (Fakulti Berkelajuan Tinggi).Residen Tabung pula diberi mandat untuk menjaga kebajikan penuntut sepanjang berada di fakulti ini.Satu lagi residen yang mempunyai ole terpenting dalam menjaga akhlak,sahsiah dan akidah penuntut ialah Residen Nur.Para penuntut mempunyai fakulti yang tersendiri.Mereka akan menuntut di sini selama 5 semester dan keluar dari fakulti sebagai seorag yang berjaya.Berikut adalah nama fakulti yang wujud pada tahun 2010..

1014
0913
0812
0711
0610

Birthday Batch Ahli Fakulti 0913

| 0 comments |
|

Pada tanggal 25/2..,ahli fakulti 0913 menyambut hari yang paling bermakna buat penuntut di fakulti 0913 kerana telah setahun bersama menelusuri pancaroba kehidupan di sini.Asam garam kehidupan dirasai bersama di sini.Pada hari yang bermakna ini,Naib setiausaha fakulti merangkap AJK aktiviti fakulti juga memegang jawatan sebagai Ketua fakulti merancang untuk mengadakan satu sambutan yang gilang-gemilang.

Pada malam tersebut,tempat penginapan penuntut fakulti 0913 yang sepatutnya hening tiba tiba menjadi cangkaliwang.Residen Cube yang memegang takuk kepimpinan pada sesi 2010 melakukan TAR bagi mengumpul semua penuntut fakulti ini.Semua penuntut dikehendaki mengenakan baju casual.Kelihatan 4 biji kek setinggi *18 tingkat tersegam indah di atas sebuah meja yang beralaskan kain sifon bewarna hitam,merah,putih dan kuning sejajar dengan warna rasmi fakulti ini....

Selepas selesai ucapan yng diutarakan oleh 6 orang Residen Cube,para penuntut diminta untuk menyanyikan lagu Suria dan Corporate.Suara penuntut tidak ubah suara choir di Opera House itu telah memecah keheningan malam itu...Acara seterusnya adalah slide video yang berkaitan dengan aktiviti penuntut fakulti ini sepanjang tahun 2009.Seterusnya adalah tayangan filem Twillight yang amat emosional...Ramai penuntut fakulti mengalirkan air mata yang jernih...Akhir sekali,tamatnya tayangan filem yang amat menyentuh hati penuntut fakulti,para penuntut mengambil gambar atau lebih dikenali sebagai sesi fotografi.Pada sesi ini,jelas terpancar aktiviti yang dirancang oleh seorang yang amat sibuk orangnya telah mencapai objektifnya.Pelbagai gaya dan gelagat penuntut dapat dilihat melalui majlis ini..Majlis ini diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh para intelegensia yang ditugaskan untuk menjaga penuntut di fakulti yang telah mengukir banyak sejarah.

Aktiviti ini telah mencerminkan perangai penuntut di fakulti 0913.Rasional majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan penuntut di sini dengan Reside Cube dan juga dengan penuntut itu sendiri.

1ST IMPRESSIONS.......

| 0 comments | Friday, March 12, 2010
|

Hope this will be a blog that are long lasting....for your information...this blog is all about what happen in MCKK but i will ilustrate it in different ways,code n etc..and one more thing..i will post this story in malay languange....ENJOY MY BLOG..!

 

Followers