Hello Guest! Welcome to our Website.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Sambutan Maulidur Rasul

| | Sunday, March 14, 2010
|

Pada tanggal 12 RabiulAwal,seluruh warga fakulti menyambut Hari Kelahiran Rasullullah S.A.W.Sambutan yang dimulakan sejak seminggu lagi telah mendapat sambutan yang impresif dari semua penuntut.Pelbagai pertandingan telah diadakan.Antaranya,pertandingan nasyid,azan,kuiz dan lain-lain.

Pada hari kemuncak,penuntut dibawa berarak diketuai oleh Mr.Anonymous diikuti oleh semua umat Muhammad S.A.W.Perarakan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi telah membawa satu ribu satu memoir dalam ingatan semua penuntut.Sepanduk yang dibuat oleh warga fakulti mempunyai lima wakil iaitu dari 1014,0913,0812,0711 dan 0610.

Seterusnya,kami berkumpul di Dewan Inderapura yang tersegam indah di dalam kawasan blok pentadbiran.Di sana,kami berselawat dan menerima keputusan para juri yang menentukan pemenang bagi anugerah sepanduk@banner tercantik.Seterusnya,kami dihidangkan dengan tayangan filem ilustrasi Nabi Junjungan yang direka oleh pakar perfileman di luar negara.

Hari bersejarah itu diakhiri dengan persembahan nasyid yang amat teruk......(realiti).Jadi,memori pada hari itu telah terpahat dalam ingatan semua penuntut di fakulti yang akan kekal gemilang sehingga ke akhir zaman...

0 comments:

Post a Comment

 

Followers