Hello Guest! Welcome to our Website.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Birthday Batch Ahli Fakulti 0913

| | Saturday, March 13, 2010
|

Pada tanggal 25/2..,ahli fakulti 0913 menyambut hari yang paling bermakna buat penuntut di fakulti 0913 kerana telah setahun bersama menelusuri pancaroba kehidupan di sini.Asam garam kehidupan dirasai bersama di sini.Pada hari yang bermakna ini,Naib setiausaha fakulti merangkap AJK aktiviti fakulti juga memegang jawatan sebagai Ketua fakulti merancang untuk mengadakan satu sambutan yang gilang-gemilang.

Pada malam tersebut,tempat penginapan penuntut fakulti 0913 yang sepatutnya hening tiba tiba menjadi cangkaliwang.Residen Cube yang memegang takuk kepimpinan pada sesi 2010 melakukan TAR bagi mengumpul semua penuntut fakulti ini.Semua penuntut dikehendaki mengenakan baju casual.Kelihatan 4 biji kek setinggi *18 tingkat tersegam indah di atas sebuah meja yang beralaskan kain sifon bewarna hitam,merah,putih dan kuning sejajar dengan warna rasmi fakulti ini....

Selepas selesai ucapan yng diutarakan oleh 6 orang Residen Cube,para penuntut diminta untuk menyanyikan lagu Suria dan Corporate.Suara penuntut tidak ubah suara choir di Opera House itu telah memecah keheningan malam itu...Acara seterusnya adalah slide video yang berkaitan dengan aktiviti penuntut fakulti ini sepanjang tahun 2009.Seterusnya adalah tayangan filem Twillight yang amat emosional...Ramai penuntut fakulti mengalirkan air mata yang jernih...Akhir sekali,tamatnya tayangan filem yang amat menyentuh hati penuntut fakulti,para penuntut mengambil gambar atau lebih dikenali sebagai sesi fotografi.Pada sesi ini,jelas terpancar aktiviti yang dirancang oleh seorang yang amat sibuk orangnya telah mencapai objektifnya.Pelbagai gaya dan gelagat penuntut dapat dilihat melalui majlis ini..Majlis ini diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh para intelegensia yang ditugaskan untuk menjaga penuntut di fakulti yang telah mengukir banyak sejarah.

Aktiviti ini telah mencerminkan perangai penuntut di fakulti 0913.Rasional majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan penuntut di sini dengan Reside Cube dan juga dengan penuntut itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 

Followers